Tuesday 6 December 2011

kayak part 2

kayak, mendayung, kanu, apa bezanya??? emm...aku pun x tahu nak cerita mcam mana...sekarang dah genap 6 bulan aku dah x kayuh kayak..rindu juga rasanya nak main kayak kat tasik proton...mana tak nya itulah antara rutin harian ku sejak bergelar pelajar upsi...setiap petang aku akan turun tasik dan mendayung sampai ke senja...ntah bilalah aku dapat merasai kehidupan itu semula...semalam aku jenguk sekejap pic games marthon kenaboi kat f.b kawan2 yg masih aktif lg...huh...hanya sekadar menatap dan berkogsi kegembiraan melihat kejayaan mereka...sambil tgk pic aku bermonolog sendiri (aku pernah kayuh kat sungai ni)...

tahun lepas dalam semester tujuh aku telah ikut satu games kenaboi iaitu kayuh marathon..game ni orang buat kat negeri sembilan...dekat je kan dr tg malim...mmg lah dekat dik oi..tp nak masuk dalam tu jauh juga...sampai kpg orang asli...ada dalam satu jam masuk ke dalam.boleh tahan letih juga masa tu...sebenarnye game kenaboi ni first time aku ikut...dalam event ni aku just main marthon n x main rapid..bahaya beb main arus deras,tapi ada gak instinct nak main tp dia org x bg...ksian kan...lokek ilmu mereka tu.lepas ni mana ada peluang nak main lg.bukan nye bayar pun klau nak main tp dia org bg member dia org juga....sabar je lahhh budin...dah lumrah hidup.   pada hari pertama sampai tu aku ngan kawan aku seorang tak pi mana mana pun sebab tak tahu yang kami boleh ikut sebagai pelepas...org x bg tau pun,jd just stay kat bilik jea lah....games yg dia org main ialah rapid iaitu kayuh di kawasan jeram....arghhh x nak ceritalah..

keesokan harinya iaitu hari terakhir  bermulah acara yg bakal aku ikuti...time game ni upsi hantar 3 team iaitu team A,B, dan C..aku team C lah...team A tu mmg atlit lama, atlit B campur dan C semua nya baru...kami bertiga langsung x pernah main kenaboi...tp ada pengalaman main marthon kat jerlun kedah jauh bebb...35Km...sakit punggunq tau...game ni kira ok gak...tp bahaya sbb banyak batu..n duri....sepanjang game berlangsung aku main TK2 ngan kawan aku...mmg sakit giler...sampai kena duri habis koyak baju n slaur tied aku...mahal tau...dlm 300 aku bli....tp yg best game ni langsung x terasa aku kayuh 3 jam...sbb sungai nye kecil dan sejuk...disamping kayuh ikut arus.....takut juga risau kayak pecah kena batu n kayu dlm sungai...mujurlah malam sebelum game hujan turun dengan lebat.tp sepanjang game mmg mencabar mental..sampai aku berbisik dlm  hati x nak main marathon lg pas ni..hehe...

kayuh punya kayuh x terasa dah nak sampai...huh...best giler...time ni lah moment best, masa game bila nak sampai penamat...masu tu aku all out abis....gembira n puas hati bila sampai penamat...team kami dapat no 3 dan yg sangat mengejutkan apabila berjaya membawa balik rm400.00 seorang dalam satu team...gembira abis beb...masyukkk...tQ kpd Tuhan...tau2 jea poket kosong...maksudnya team aku dpt 1200.00 lah masa tu...x termasuk elaun kami....aku juga gembira sbb UPSI johan keseluruhan...klau x silap masa kami tinggalkan IPG ada dalam sejam kot...hehe...jauh juga tu....jarak masa kami ngan depa...

Saturday 3 December 2011

Omiya 1

      Aku sebuah gitar, aku dilahirkan disebuah kilang yang terletak di________. dikilang tersebut terdapat pelbagai gitar yang sama seakan dengan aku, sama ada kecil, sederhana dan besar saiznya.  kehadiran ku dimuka bumi ini sangat mengembirakan dan aku bersyukur kerana aku dilahirkan dengan penuh sifatnya.  Aku memiliki badan yang cantik dan sudah pasti mengiurkan lelaki sekiranya aku sebuah jasad manusia.  badan ku diperbuat daripada sejenis kayu yang dapat menghasilkan bunyi menarik dan sedap didengar oleh telinga manusia.  pada tubuh badan ku terdapat fred @ bahagian- bahagian tertentu untuk ditekan bagi menghasilkan bunyi yang berbeza bagi setiap petikan.  ditubuh badan ku terdapat tali atau string dalam bahasa mat salleh.  terdapat 6 utas tali yang di ikat dan dipetik dibadanku ini serta setiap tali tersebut menpunyai saiz dan ketebalan yang berbeza.  Opss.... lupa pula nak perkenalkan diri ku yg comel ini.  nama ku "Omiya". 
       
      Saiz dan tubuh badan ku agak besar dan ini menyebabkan diriku mempunyai nilai yang tinggi dipasaran disamping kemerduan suara yang kulontarkan kepada pendengar yang setia.  Pada satu hari badanku yang comel lotei telah dibungkus menggunakan beg plastik sehingga menyebabkan aku sukar untuk bernafas dan telah menyebabkan diriku lemas dalam pelukkan manja si dia.  (siapa pula si dia tuu...).  Dooo...Rea...Mii...Faa...Soo...aku terbangun dan berasa sakit kerana badan ku dipetik sesuka hati mak bapa dia org...rupa-rupanya aku telah berada disebuah kedai toko buku Pustaka Samin yang terletak di Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan....(semua alamat tu kawan kawe yg bgtau si Yamaha berkulit hitam.)  

Semenjak berada di toko buku tersebut, ramai kawan yang ku kenali...mereka semuanya ramah dan tidak sombong seperti manusia yang berada diluar sana.  Ada yg digantung, ada yg disusun dirak buku, dan paling meyakitkan ada yg ditimbum timbum oleh rakan mereka...ksian kan...dah nasib badan...bak kata pepatah Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia siapa yang tahu...

Thursday 1 December 2011

december 2011

terasa baru semalam saja tirai januari  2011 bermula...

tetapi 1 december baru mengintai dicelah langsir kehidupan...ari ini December menjelma dan disambut dengan perasaan penuh gembira umpama datangnya pahlawan kesaktria dalam sebuah negara.  Pelik tapi benar itulah ungkapan dan kata- kata yg terconteng dalam dinding hatiku.  Kesibukan diawal pagi menyebabkan perasaan itu lemas dan hilang begitu sahaja...tetapi kegagatalan hatiku telah memaksa jari jemari menari diikuti alunan rentak ketukan keyboard untuk menceritakan kisah dongeng ini...

senyap, sejuk dan sunyi menerpa dalam hidup ini,,,umpama datangnya awam mendung coba untuk menutup muka bumi...aku gagahkan diri untuk menerima 1 December dengan hati girang wlaupun sekawan awam nano datang menguji tiang kehidupanku...

bermula dengan kayuhan di pulau pangkor yang bakal menjadi coretan sejarah hidupku sehingga menjalani praktikum, konvokesyen dan 1 penantian yg meyeksakan telah mewarnai buku buku hidupku.....aku berterima kasih dan bersyukur atas segala yang diberikan oleh Nya...aku tahu semua ini adalah sebuah  pengajaran dan pembelajaran dalam hidup bagi seorang insan yg hidup menumpang dimuka bumi.  kadang-kadang aku sedar, kadang-kadang aku lupa, leka, sesat, sombong, angkuh dalam menjalani ujian kehidupan yg tiada batas masa dan waktunya...tetapi itu lah aku, manusia lemah yg sombong dan bangga dengan kekuatan dr.....aku bangga dengan apa yg pernah aku capai...adakah ia kayu pengukur dalam memcapai kejayaan....bangunlah,bangunlah,bangunlah dan bangkit dari lena, banyak lg lopak kosong yg perlu kau terokai......doakan semoga hari esok lebih baik dari semalam dan ingatkan aku supaya semalam menjadi sejarah hidup dan pengajaran dlm kamus hidupku.....
sekian...

Thursday 24 November 2011

call bila perlu jea...

--Sekolah Menengah Teknik Bintulu--
…….Terpanggil rasanya untuk menari-nari didada komputer riba, kenangan zaman sekolah ku mengingatkan ku kembali kepada pesanan seorang guru.  “nak guna duit bru nak telefon mak ayah kat rumah”.  Begitulah realti kehidupan murid-murid sekolah pada masa sekarang,  semua ini ku perolehi semasa belajar di Sekolah Menengah Teknik Bintulu sekitar tahun 2004 dan 2005, disekolah tersebut aku telah memilih kursus elektrik sebagai subjek pilihan bagi aliran vokasional…aku sungguh gembira kerana berjaya memasuki sekolah tersebut dan berbangga kerana terpilih, kerana menurut sumber  yang aku tahu, bukan senang nak minta belajar kat sekolah teknik…

Disekolah tersebut pelbagai murid diseluruh pelusuk Sarawak yang datang untuk belajar kursus yang ditawarkan, sama ada kursus kejuruteraan,kursus vakasional dan SKM( sijil kemahiran mara) masa aku study ni hanya JDI-juru elektirk industry dan jurukimpal arka sahaja ditawarkan utk sijil skm.  Semasa belajar disekolah tersebut, terdapat ramai murid yang datang dari pelbagai daerah dan bahagian belajar disekolah tersebut.  Suasana ini bagaikan suatu yang baru bagi aku,ada yang datang dari tatau, serian, mukah, sarikei, kuching, belaga dan kapit.  Rajin dan bersemangat sungguh mereka menimba ilmu hinggakan sanggup berjauhan dari keluarga...syabas dan taniah untuk mereka..
Kursus yang ku pelajari ini memerlukan budget yang banyak untuk memulakan sesi persekolahan...mana tidaknya..aku terpaksa membeli peralatan pertukangan elektrik, T square, set square, dan banyak lagi.  Aku bersyukur kepada Tuhan kerana aku tidak mempunyai masalah dalam perbelanjaan tersebut kerana sebelum ini aku sudah menabung dan bekerja bagi menghadapi perbelanjaan yang banyak dalam memulakan sesi persekolah di sekolah menengah teknik.
Semasa menuntut di SMT Bintulu, aku tidak tinggal di asrama kerana rumahku dekat dengan sekolah, lebih kurang 5 minit kalau guna motosikal dan memecut 70-90km/j. Boleh tahan laju juga tu...
Nampaknya sudah jauh lari dr tajuk yg nak ku tulis hehehe.....
Sepanjang belajar di smt btu aku dapat merasakan segala perbelanjaan yg melibatkan wang tunai seperti sungai yang mengalir tanpa henti...rasa hairanku  pernah timbul tenggelam timbul  terhadap rakan2 yang tinggal diasrama.banyak sungguh duit yg mereka guna kerana mereka mengenakan pakaian,aksesori dan membelanjakan wang dengan mewah sekali.  Perghhh...aku x mampu nak ikut life style seperti mereka waima aku orang bandar....aku sangat benci dengan sikap dan kehidupan yang membazir dan berlagak kerana ia suatu penipuan...

Sebulan sebelum SPM aku telah mengambil keputusan untuk tinggal diasrama dengan alasan supaya dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan berbincang dengan rakan mengenai subjek yang sukar dikuasai...jd bermulalah kehidupan ku sebagai pelajar asrama...kehidupan tersebut sangat senang dan mengembirakan bagi aku, tidak seperti murid lain yang merasakan kehidupan diasrama ibarat dikurung dalam penjara...kehidupan ku sangat seronok...setiap kali tamat waktu sekolah aku terus kedewan makan berbaris bersama rakan yg lain utk menjamah nasi dan lauk pauk yang disediakan oleh tukang masak..nyamannn...pada mula kali pertama aku berada didewan makan ramai kawan yg terkejut dan bertanya sebab kenapa aku berada didewan makan?jawapan ku mudah sahaja..aku macam ko orang juga hehe..(aku skrg dah tinggal asrama)..soalan yg sama bila aku berada di bilik air, bilik belajar, masa saterika baju, namun semua soalan itu dapat ku jawab dengan cemerlang sekali...
Berbalik kepada cerita berbelanja tadi...sepanjang sebulan berada di asrama,  aku sangat peka terhadap tahap perbelanjaan rakan2...bukan nak ambil kisah...tetapi gaya hidup mereka sangat mewah...dalam mereka berbelanja dan meminta langsung tiada perasaan menyesal dan insaf kerana boros dlm menggunkan duit...
Pada suatu petang aku temankan seorang rakan untuk menelefon keluarganya di rumah setelah selesai makan didewan makan...ini bukan kali pertama aku menemani rakan untuk menelefon keluarga...ntah brapa kali dan brapa ramai aku temani...kerja menemankan mereka semua telah memberi aku  kesedaran dan nilai moral dalam hidup...cuba teka apa yg aku pelajari?? Aku telah sedar bahawa setiap kali menelefon keluarga mereka terus meminta duit bagi perbelanjaan dan ada yg bertengkar kerana jumlah duit yg di beri sedikit dan tidak cukup untuk perbelanjaan.  Dalam hati ku...dasar anak tak pandai menghargai, dia org fikir senang ke nak dapat duit...dah lah banyak plak tu beratus-ratus plak....dalam situasi ini terfikr di akal ku kesian mak ayah dia orang...setiap kali telefon mesti si anak minta duit...mmg patutlah klau ada guna nye dan digunakan dengan berhemah. Yg paling menyedihkan mereka bukan nye ada bertanyakan khabar kepada mak ayah...mukadimah pun xde...call terus minta duit...anak kurang ajar klau cam ni...
Sepatutnya anak telefon kpd org tua bertanyakan khabar kepada mak ayah, tp mereka hanya telefon bila nak guna duit saja...ini yg buat aku sakit hati....telefon sbb guna duit. klau x guna duit x telefon....
Beginilah kehidupan anak-anak masa sekarang.  kita sebagai anak harus sentiasa berkhabar berita kepada kedua- dua orang tua x kira mahu guna duit atau tidak.....

Sunday 20 November 2011

nilai seorang graduan yang menganggur

seperti biasa, bekerja sementara (part time) merupakan salah satu daripada kisah hidup ku.  tanggal 27 july 2011 merupakan saat yang dinantikan dan tidak pernah sekalipun dlm hati ku untuk merasai dan meraikan waima terlintas dlm hidup sejak dr kecil lg.  tetapi semua itu sudah suratan dan takdir dr Tuhan yg maha berkuasa.  pada tanggal 27 july aku telah dianugerahkan ijazah sarjana muda pendidikan (kepujian) dr Universiti Pendidikan Sultan Idris. sungguh gembira sekali malah tak dpt ku gambarkan...aku sangat bersyukur kerana segala beban dan penat lelah selama empat tahun terbayar.  walaupun majlis konvokesyen sekejap sahaja...tp sungguh bermakna dalam hidup ku.  kulihat wajah rakan seperjuangan ku sungguh ceria dan bersinar-sinar pada hari tersebut.

pic ni ambil malam sebelum konvo...kunun nak cuba dulu, test pakai.punya lah lama aku n geng nak betulkan bende yg warna biru.sambil aku ambik lah pic guna fon aku.buat kenangan hihi....(yg tengah tu rajis, baju hitam faizal)

Hari gilang gemilang tersebut kami nikmati dengan sepuas puasnya....kerana jubah yang ku sewa hanya diguna pada hari tersebut sahaja....thanks kepada semua kerana memberi sokongan kepada diriku untuk berjaya dalam pelajaran.

berbalik kpd cerita sebentar td.skrg ni aku kerja kat laundry.  walaupun aku x posting lagi tapi aku telah mengambil keputusan untuk bekerja sementara bagi mendapatkan sedikit rezeki untuk menyara diri ini.aku bekerja 12 jam dalam sehari, masuk jam 8 am balik 8 pm....penat siot...mental memang rasa dicabar..tp aku tetap gagah mengharungi segala ujian...al maklumalah....aku kan atlit sukan...jadi semua itu hanya mainan sahaja...kalau mau menang dan berjaya mental mesti mau kuat broo...bak kata pepatah kawan aku nizam(atlit kanu SUKMA 2011 dpt 5 emas 3 perak) KEKUATAN BUKAN DATANG DARI KEADAAN FIZIKAL SEMATA MATA TETAPI KEKUATAN DATANG DARI SEMANGAT JUANG  YANG TINGGI DAN TIDAK MAHU MENGAKU KALAH....

semenjak aku bekerja di dobi banyak yg aku pelajari...antaranya nilai moral kerajian.
rajin adalah satu aset-Tuan Hj. Shukri...menurut beliau rajin adalah satu aset kepada kita semua.kerana hanya manusia yang rajin sahaja dapat maju dan berjaya, beliau memberi satu contoh kepada saya, walaupun seseorang individu tersebut mempunyai segenggam ijazah,mewarisi kekayaan berjuta juta sekira malas sudah pasti tidak dapat pekerjaan yg baik dan gaji yg lumayan, disamping kekayaan akan berkuarangan sekiranya tidak rajin berusaha untuk menambah kekayaan tersebut...jd kiranya aku ni rajin lah...sebab kerja hehehe....angkat bakul sendiri...



gambaq ni ambil ntah bila???aku pong x ingat tp antara 24-26 July 2011..masa ni kami jalan2 kat kampus sebelum konvokesyen buat kenang-kenangan...pic yg lain ada lg kat ben..harap die x delete lah..aku suruh dia antar kat emel sampei skrg xde lg....apa daaa....abe...abe...ben...


dalam menunggu masa yg tak tiba tiba ibarat burung rindukan bulan terfikir dik akal ku untuk menjaja ijazah pendidikan yg aku perolehi,namun usaha ku gagal kerana syarikat swasta yg tumbuh bagaikan cendawan di bintulu tidak menerima dengan alasan ijazah ku hanya utk sekolah sahaja...mmg ponggg....aku tau but still want 2 try...wlaupun usaha ku tidak berjaya aku cuba utk mencari jalan penyelesaian untuk memperoleh pekerjaan....kadang2 terlintas di fikiran ku untuk menjadi seorang usahawan dan cuba untuk memceburkan diri dalam bidang pertanian dan perikanan, kerana bagi ku bangsa ku adalah bangsa yg cukup mahir dalam pertanian dan perikanan(kolam ikan lah beb nak pi laut aku x pnah)...tp semua itu hanya mimpi dongg...aku tidak punya modal dan kepakaran secara teori dlm perusahawan tersebut...so aku abaikan tetapi x bermakna aku x berusaha....dlm hati kecil ku...suatu hari nanti pasti aku usahakan......

penat gak menulis ni...idea byk giii...nanti aku sambung balik yea...tunggu episod aklan datang....taa daaa...


 
kat auditorium B sebelum perarakan masuk ke dewan konvokesyen.

Saturday 19 November 2011

masam,manis,pahit nak pilihanraya 13

...awal2 pg dah hujan, ntah bila henti pong x tau. cam biasalah aku naik moto LC 135 pi kerja.meredah hujan adalah pkara biasa bagi rider sejati mcam aku...pagi2 tu aku dah dpt suntikan myakitkan d ati, mana x nye...sedap mulot die jea suruh beli kereta. ingat harge kereta singit dua je....puluh ribu oiiii...mana aku nak dpt duit bayar installment bulan2...klau dah dapt DG41 bru confident nak bli...klau stakat gaji cukup makan naik moto je lah.... lain lah klau dia nak bg duit tuk bli...shittt btullll...pg2 dah bg mood x baik....

sampai je kat tune hotel tempat aku cari rezeki...depan penuh dengan mak cik pak cik cina ntah dtg dr mana.kabor nye mereka dtg dr pelusuk seluruh malaysia...ada AGM tu psatuan peniaga2 kecil seluruh malaysia....ntah bila lah kaum bumiputera ada persatuan cam ni...patutlah org kite x maju2 ke depan....klau ada pon sekelumit jea....cam biasa buka kedai aku on suiz lampu n airKon....dalam ati ku sampai bila lah aku nak kerja partime kat sini...dah berapa bulan konvo tp x juga di panggil posting....borang pon x kuar lg....ni yg mybbkan aku sakit ati ngan TPM...bodoh bisik ati ku...guru gstt dia org nak ambik...modal insan yg dah terlatih x nak....x kan membazir namanye......

buat kunci kira2 awal pagi mmg tugas ku...duit masuk n kluar...buat report tuk smalam...buat cek list...seronok juga buat kerja kira...terutama bab duit ni....nesal juga aku x ambik prinsip akaun masa sekolah dulu...tp apa kah daya....x kan nak ambik semua kot subjek kat sekolah...mati aku.....bukan nye aku teror sgt masa blaja...tapiiii...boleh tahan  gak....sbb tu aku skrg dpt ijazah sarjana muda pendidikan hihihi....panjang bebenor mukadimah......

bebalik kpd tajuk masam,manis,pahit pilihanraya 13....

semenjak dua menjak nak pilihanraya, banyak perubahan..terutama jalan kat area perumahan aku tinggal...jalan yg berlobang n rosak kena tampal bg cantekss...tp mcam harammmmm...buat kerja seperti melepas batuk di tangga...buat gitu jea...dah lah x rata...buat sakit punggung jea klau bawa moto laju....how can Malaysia progress???????   (sumber:kenneth mahmad james)  ...mmg pon...semua kerja wat sebarang jea...dalam hati kecil ku beginalah keadaan bila tiba pilihanraya di malaysia...kerajaan akan cuba buat yg terbaik bg rakyat tp ntah plaksanaan nye macam mana....kurapsi kot....

skrg pulak crita kat kpg aku di sebauh...bila tiba pilihanraya pelbagai projek bantuan akan diberi kepada masyarakat kpg, kunun nye nak bg kurang beban lah....tp cam hampeh...mereka ni bagi projek bantuan atap zink, pelihara anak ayam, tong drum bg simpan air hujan....al maklum lah...xde air paip sbb kerajaan prihatin sgt....1 Malaysia  katakan...tp adakah projek bantuan ini boleh memajukan penduduk kampung...dr dulu bagi bende yg sama.....how can malaysia progress??????
klau bg zink boleh gak tuk ganti atap yg dah buruk,klau bg ayam....boleh gak sembelih klau dah besar....tong air plak tu tadah air hujan....beginilah nasib pddk di sarawak...aku harap Yang Berhormat kawasan kpg tidak bg bende yg sama,bg lah sumbangan yg lain cth nye...kursus keusahawanan supaya wujud usahawan berjaya dr kpg aku...maka tercapailah impian kerajaan...satu kpg satu produk.....betul tak?
emm...byk gak aku nak tulis pasal masam, manis,pahit pilihanraya....aku stop dulu,nanti aku sambung balik...

Sunday 6 November 2011

Cerita Seorang Pekayak...Part 1

zaman belajar ku yg  bgelar mahasiswa sangat menyeronokan dan sentiasa ku kenangi sampai bila-bila,mana tidaknya pelbagai aktiviti ,program, persatuan, kelab dan bermacam lagi aku ikuti.  RUGI besarlah barang siapa yg tidak merajinkan diri dan malas untuk melibatkan diri dalam apa2 program sepanjang pengajian di Universiti.  bak kata org 3 K (kantin,kafe,kuliah), macam ni jea kehidupan mereka. tak kan boring namanya...sia2 hidup korang kat universiti, peluang hanya datang sekali dan tak akan datang kembali....nanti apa ko nak cerita kat bini anak cucu cicit...ko jangan mengenjen plak...bedosa besar....Tuhan marah.
 ntah bila aku pon x ingat,,baju merah tu ntah sapa,x pakai baju mac...n baju tanpa lengan tu kenneth...

Antara kenangan dan memori indah yang paling seronok dan tidak akan ku lupai ialah apabila aku mewakili negeri Perak ke SUKMA ke 13 di Melaka-(SUKAN MALAYSIA).  Maksudnya sukan yang paling berprestij sekali kat Malaysia ni.  sebelum ni memang tak terfikr dik akal ku yang aku akan beraksi di arena sukan yang cukup gilang gemilang dan tersohor di Malaysia apatah lagi bergelar atlit negeri.  Semuanya bermula di UPSI...aku mula menceburkan diri dalam sukan kayak pada semester 2 iaitu tahun pertama dalam pengajian ku iaitu pada semester 2. pada masa tu kolej kediaman, KHAR- kolej harunaminnurashid mengadakan pemilihan untuk mewakili kolej ke regata UPSI yang berlangsung di tasik proton atau nama sebenarnya tasik embayu.  Pada masa tersebut aku telah mengambil acara TK 2 200 meter hehe...untuk saringan pertama aku ngan partner aku dapat no 1....perghhh..juara....suka betul aku...tapi bila final....disqualify.....sedih betul...mana tak nye..terlalu laju kot hahahahaha....seronok betul....itu lah pengalaman pertama ku...
ni picture waktu konvoi ke Tasik Raban di Lenggong Perak... ada dalam 5 buah moto,yg rxz tu coach kami..mida nma nye...


ni gambar first time main kayak semester 2 main ngan Herman.


Sejak dari situ aku dan rakan2 ku selalu jea turun ke tasik proton untuk belajar bermain kayak,walaupun xde kenderaan kami sewa van untuk ulang alik.  Seronok juga bila main kayak...ketagih lah pulak...pada hujung semester dua, aku telah membeli motosikal modenas 100...syukurrrr sangat2 kepada Tuhan ada gak kenderaan yang aku guna tuk pi kuliah n jalan2 dibumi semenanjung dan paling penting dapat guna pi Tasik Proton......ko org nampak x yg kat atas tu WRE4309 tu lah moto kesayangan ku hehe...setia dengan ku wlau hujan dan panas.....(dari kira mida naik-RXZ, herman-modenas 120, maconroe -modenas 110 n ajit honda 125....n aku modenas 100)...
will be continue...